Jumat, 28 Februari 2014

Seorang Yahudi Ekstrim Akhirnya Memeluk Islam


Seorang Yahudi Ekstrim Akhirnya Memeluk Islam
Seorang Yahudi Ekstrim Akhirnya Memeluk Islam - Mikhail Chernovska adalah seorang Yahudi Ekstrimis yang menyatakan keislamannya, mendedahkan semangatnya ingin melihat Khilafah islamiyyah tegak dengan Al-Quds sebagai ibukotanya. “Sungguh aku telah mendapat petunjuk. Sebabnya hanya satu, kerana aku ingin mencari kebenaran “ungkap Mikhail.Hal ini dismapaikan oleh laman harakatut tauhid Al-islamy selasa 8 November 2011.
Mikhail mempunyai nama hijrah Muhammad Al-Mahdi mirip dengan nama seorang imam yang dijanjikan Rasulullah SAW di akhir zaman yang akan membawa keadilan dan menegakkan Dinullah dimuka bumi. Mahdi adalah seorang Yahudi yang berasal dari Azerberijan yang kemudian berhijrah ke Palestin setelah masuk Islam.
Tempat tinggal Mahdi sekarang tepat di kota Hebron tepi barat. Ia lahir di baku, Azerbeijan 37 tahun yang lalu. Lelaki asal Azerbeijan ini hidup di tengah-tengah keluarga yang ektrim. Ia hijrah ke Israel pada awal 90an.
Hebron adalah tempat pembunuhan seorang Yahudi radikal, Baruch Goldstein, di gua para leluhur. Pada saat itu ada sekitar 29 muslim yang merasakan pengaruh dari pembunuhan tersebut. maka bersamaanitu Mahdi memutuskan untuk pindah ke pemukiman Kiryat Arba, di mana dia tinggal bersama pahlawan dalam pandangannya pada waktu itu, Goldstein, dan bergabung dengan penduduk ekstremis.
Dia menambah bahawa perbincangan agama dan falsafah dengan seorang Palestin yang mempunyai Kraja, untuk memperbaiki kereta di Hebron, membuatnya meninjau pandanganya secara berperingkat, sehingga masuk Islam dan kembali ke Baku dalam rangka menikahi seorang Muslimah. Mahdi mendedahkan bahawa ia mendapat sambutan yang hangat dari jirannya yang baru di Hebron, walaupun darahnya Yahudi.
Ia mendedahkan kepada wartawan AFP apabila mengunjunginya di rumah “Aku dulu penduduk ekstrimis dan bermusuhan dengan mereka, tapi mereka melayan aku seperti seorang kakak bagi saya dan menawarkan bantuan” kenang Muhammad Al-Mahdi. Fakta yang merujuk pada kehidupan Mahdi, di Kiryat arba, seolah-olah tidak mungkin, setelah ia masuk Islam dan berkahwin dengan Sabina muslimah. Yang mempunyai 4 anak setelah hidup bersamanya. “Parta penduduk menyerang saya beberapa kali, dan melemparkan batu di rumah saya, dan menulis slogan-slogan di dinding mengundang saya untuk meninggalkan tempat itu” ujar lelaki berusia 37 tahun itu.
Dia menambah “Kemanapun kita pergi kita mengalami gangguan, kerana isteri saya mengenakan tudung, dan berulang kali dipersoalkan oleh pasukan keselamatan, tapi yang aku peduli adalah bahawa anak-anakku hari ini adalah Muslim, dan mengikuti agama yang telah aku pilih”. Ia sangat bersemangat untuk melihat Khilafah Islamiyyah tegak dengan Al-Qus sebagi ibukotanya.
Ia menegaskan: “Saya menyedari bahawa agama Yahudi ada banyak yang percanggahan, dan bahawa Islam adalah agama kebijaksanaan dan kebenaran, saya telah mendapat petunjuk kerana saya mencari kebenaran, itulah satu-satunya penyebab keislamanku” tandas Al-Mahdi seraya mengakui kebaikan temanya Zalloum, pemilik karaj, yang telah menjadi sebab ia mendapatkan hidayah.
Zalloum mengakui bahawa sejak awal mengnal Mikhail yang muncul dalam [persepsinya adalahMikhail orang yang baik tidak seperti penduduk kebanyakan di Kiryat Arba. Ia sering berdialog masalah agama dan falsafah dengan Mikhail sampai suatu saat ia berkata pada Mikhail: “Kalau tidak aku menjadi Yahudi melalui Ente, Ente yang masul Islam melalui aku, setelah enam bulan perbincangan, akhirnya ia mendapatkan hidayah masuk Islam” ungkap Zalloum.
Zalloum menambah: “Memang benar bahawa Michael menjadi Muhammad al-Mahdi, namun ia tidak boleh melepaskan semua Budaya Yahudi, Fushm Bintang Daud di salah satu tangannya akan mengingatkan bahawa dia adalah seorang Yahudi, walaupun ia meneruskan hari pada prestasi dari solat wajib tepat waktu dan membaca Al-Quran “. – Yy / khabarislam.wordpress.com / voa-islam

Kamis, 27 Februari 2014

Video Saat Penahanan Mursi Oleh Pihak Tentera Mesir

Mursi

(Berita di bawah adalah berita beberapa hari lalu yang hanya untuk memberikan latar belakang penahanan Mursi)
Tentera Mesir (3/7/2013) menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Mursi selepas seminggu tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut tercetus di negara ini.
Menteri Pertahanan, Panglima Tentera Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penggulingan Mursi di televisyen kerajaan ketika polis mula menahan penolong-penolong kanan Presiden dan pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimin.
Waran tangkap turut dikeluarkan kepada sejumlah 300 pegawai Ikhwan Muslimin, lapor media milik kerajaan.
Berita tentang penggulingan itu turut mencetuskan kegembiraan kepada beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan-jalan raya di sekitar bandar raya Kaherah sejak beberapa hari lalu dengan sesetengah daripada mereka meraikannya dengan letupan mercun.
Namun, sekurang-kurangnya tujuh penyokong Mursi maut dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di Iskandariah dan di bandar Marsa Matrouh, menurut pegawai keselamatan.
Sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan maut dalam pertempuran antara penyokong dan penentang kerajaan sejak minggu lalu iaitu menjelang ulang tahun pertama Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir.
Menurut Jurucakap Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad, Mursi dan penolong-penolong kanannya ditahan di kemudahan tentera.
Katanya, Mursi bagaimanapun dipindahkan ke Kementerian Pertahanan dengan ayahnya, Essam El-Haddad adalah antara penolong kanan Mursi yang ditahan.
Sisi dalam ucapannya turut memperincikan tentang pelan tindakan bagi peralihan kuasa politik.
Pergerakan Ikhwan Muslimin berikrar untuk terus mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat, Mohammed Mursi.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas pertempuran antara penyokong pro dan anti Mursi serta dengan pasukan keselamatan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 30 orang maut di seluruh negara.
“Perhimpunan besar-besaran secara aman akan berterusan sehinggalah tentera mengembalikan tampuk pemerintahan kepada Presiden Mursi,” kata pergerakan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menjelang tunjuk perasaan hari ini, tengah Kaherah telah pun tegang dengan penyokong anti-Mursi bermalam di Dataran Tahrir.
Pergerakan Tamarod yang menganjurkan tunjuk perasaan antikerajaan, sekali gus menyebabkan Presiden Mursi digulingkan, turut menggesa pengikutnya turut ke jalan raya esok untuk berhimpun. – AFP

Rabu, 26 Februari 2014

Pembedahan buang ‘bola’ pada muka berhasil


myMetro
KEADAAN Chen sebelum dibedah.
KEADAAN Chen sebelum dibedah.
KEADAAN Chen selepas dibedah.
KEADAAN Chen selepas dibedah.
BEIJING: Seorang lelaki China berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar bola sepak dari mukanya, baru-baru ini.
Maklumat mengenai pembedahan itu yang dijalankan terhadap Chen Jianguo di Hospital Universiti Sun Yat-sen di Guangzhou bagaimanapun tidak banyak diperoleh.

Namun, dua gambar ini menunjukkan perubahan drastik pada penampilannya.
Lelaki berusia 37 tahun itu dikatakan mengalami ketumbuhan kecil di kepalanya sejak 1995.

Kerana tidak mahu membebankan ibubapanya ketika itu, dia meninggalkan kampungnya di Liandu dan menetap di bandar Zhaoqing pada 1998.

“Saya memberitahu mereka bahawa mereka hanya perlu menjaga adik saya.
GA_googleFillSlot("HM_Island_Ad_400x200"); src="http://pubads.g.doubleclick.net/gampad/ads?correlator=3624701847290094&output=json_html&callback=GA_googleSetAdContentsBySlotForSync&impl=s&prev_afc=1&pstok=o967WhKF5wMKBRj-kOUd&client=ca-pub-7231624659937647&slotname=HM_Island_Ad_400x200&page_slots=HMWeb_Inside_Leaderboard%2CHM_Island_Ad_400x200&cookie=ID%3Dff610a853946e448%3AT%3D1337568486%3AS%3DALNI_MbRBiInyaE5JDdDzrrnQ7ZHPRSzSg&url=http%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2Farticles%2FBuang__8216_bola__8217_padamuka%2FArticle&ref=http%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2F&lmt=1337568536&dt=1337568537186&biw=1252&bih=560&adk=649810479&adx=256&ady=1230&ifi=2&oid=3&u_tz=480&u_his=5&u_h=768&u_w=1280&u_ah=736&u_aw=1280&u_cd=24&u_nplug=8&u_nmime=16&flash=10.3.181&gads=v2&ga_vid=1053466280.1337568488&ga_sid=1337568488&ga_hid=2089490452&ga_fc=true">

“Mereka boleh melupakan bahawa mereka pernah melahirkan saya,” kata Chen kepada wartawan dalam video yang dimuat naikkan ke You Tube pada Mei tahun lalu.

Chen berkata, dia sudah pun bersedia menerima sebarang kemungkinan sebelum pembedahan itu dijalankan.

Selasa, 25 Februari 2014

Khasiat Air Batu

Khasiat%2BAir%2BBatu Khasiat Air Batu

Fakta Khasiat Air Batu atau Air Sejuk

1. Membiasakan diri mengunyah air batu akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
2. Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

3. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
4. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
5. Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
6. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
7. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
8. Benarkan anak anda mengunyah air batu kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
9. Air batu amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
10. Air sejuk atau air batu kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.
11. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
12. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
13. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
14. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
15. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
16. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
17. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
18. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
19. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.
20. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
21. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
22. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
23. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
24. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
25. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
26. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
27. Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
28. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.
Bagi yang ingin membaca koleksi petua dan khasiat dari SK sila klik link di bawah, terima kasih

Senin, 24 Februari 2014

Minggu, 23 Februari 2014