Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan

Kamis, 27 Februari 2014

Video Saat Penahanan Mursi Oleh Pihak Tentera Mesir

Mursi

(Berita di bawah adalah berita beberapa hari lalu yang hanya untuk memberikan latar belakang penahanan Mursi)
Tentera Mesir (3/7/2013) menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Mursi selepas seminggu tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut tercetus di negara ini.
Menteri Pertahanan, Panglima Tentera Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penggulingan Mursi di televisyen kerajaan ketika polis mula menahan penolong-penolong kanan Presiden dan pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimin.
Waran tangkap turut dikeluarkan kepada sejumlah 300 pegawai Ikhwan Muslimin, lapor media milik kerajaan.
Berita tentang penggulingan itu turut mencetuskan kegembiraan kepada beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan-jalan raya di sekitar bandar raya Kaherah sejak beberapa hari lalu dengan sesetengah daripada mereka meraikannya dengan letupan mercun.
Namun, sekurang-kurangnya tujuh penyokong Mursi maut dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di Iskandariah dan di bandar Marsa Matrouh, menurut pegawai keselamatan.
Sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan maut dalam pertempuran antara penyokong dan penentang kerajaan sejak minggu lalu iaitu menjelang ulang tahun pertama Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir.
Menurut Jurucakap Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad, Mursi dan penolong-penolong kanannya ditahan di kemudahan tentera.
Katanya, Mursi bagaimanapun dipindahkan ke Kementerian Pertahanan dengan ayahnya, Essam El-Haddad adalah antara penolong kanan Mursi yang ditahan.
Sisi dalam ucapannya turut memperincikan tentang pelan tindakan bagi peralihan kuasa politik.
Pergerakan Ikhwan Muslimin berikrar untuk terus mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat, Mohammed Mursi.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas pertempuran antara penyokong pro dan anti Mursi serta dengan pasukan keselamatan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 30 orang maut di seluruh negara.
“Perhimpunan besar-besaran secara aman akan berterusan sehinggalah tentera mengembalikan tampuk pemerintahan kepada Presiden Mursi,” kata pergerakan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menjelang tunjuk perasaan hari ini, tengah Kaherah telah pun tegang dengan penyokong anti-Mursi bermalam di Dataran Tahrir.
Pergerakan Tamarod yang menganjurkan tunjuk perasaan antikerajaan, sekali gus menyebabkan Presiden Mursi digulingkan, turut menggesa pengikutnya turut ke jalan raya esok untuk berhimpun. – AFP

Minggu, 09 Februari 2014

Tutorial Crack Password File RAR dan ZIP Bertulis Video

how+to+crack+rar+password


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ni aku nak share satu cara nak crack password file archive rar dan zip.
Korang mesti pernah download penat2 tiba2 file rar tu ada password kan? Lepas tu password pulak tak ada.Ok jangan risau harini aku ajar korang cara nak crack rar archive.

note : cara crack ni guna kaedah bruteforce jadi cara ni tak dijamin 100% boleh berjaya.


1. Ok untuk tutorial ni kita akan guna software Advanced Archive Password Recovery Professional .korang download dulu :


db
2. Lepas dah download korang extract file tu.dalam tu ada file archpr_setup_en.msi dan satu folder nama Serial.dalam folder tu ada Serial.txt untuk serial key software ni.

Install 
archpr_setup_en.msi dan waktu install tu korang kena masukkan serial key.rujuk gambar :

crack+rar+password

Masukkan serial dan klik Next sampai siap install.

2. Lepas siap install korang buka software tu.Kemudian korang kena click Open dan pilih file rar atau zip yang korang nak crack.

crack+rar+1

Lepas dah open file rar yang korang nak crack tu seterusnya korang tengok dekat Range.Rujuk gambar kat atas. Kat sini korang boleh tanda nak suruh software ni crack macam mana.Kalau nak berkesan lagi korang tanda dekat semua kotak tu.Tapi ingat proses cracking akan mengambil masa yang lama bila korang tanda banyak kotak tu.

Ok kemudian Type of attack korang ambil Brute-force .
Yang lain jangan kacau.biar je macam asal.
3. Baiklah sekarang masa untuk crack! click dekat Start .

cracking+rar

Proses Cracking sedang dijalankan! sekarang korang cuma perlu tunggu sampai siap crack.


4. Bila dah berjaya crack akan keluar popup macam dalam gambar :

crack+berjaya+rar


BERJAYA! senang kan? ok bagi yang masih tak faham dengan tutorial bertulis ni korang enjoy video yg aku sediakan :D

Video :
Sumber

Jumat, 20 Desember 2013

Video Liuk Lentok Kilafairy Dalam MV Resolusi


Sebelum ini, Kilafairy pernah mencetuskan kontroversi apabila video singkatnya menari dengan hanya memakai baju labuh tanpa berseluar menimbulkan perbincangan hangat di kalangan peminatnya dan pemerhati industri hiburan tanah air.

Terbaru, anak kepada penyanyi 80-an Rohana Jalil ini tampil menari erotik menerusi muzik video Resolusi dendangannya bersama rappers RJ yang pernah berduet dengan Black menerusi lagu Teman Pengganti sebelum ini.

Menerusi video berdurasi 4 minit 14 saat itu, Kila menari dengan liuk lentoknya tersendiri malah sekali tengok macam video Beyonce pula.

Mungkin video ini berinspirasikan daripada penyanyi terkenal itu kot.

Apa-apa pun jom layan dulu video Resolusi ini. Semoga terhibur!

Oleh: AUDREY LEE

Rabu, 18 Desember 2013

Video Klip Pencuri Seluar Dalam Wanita Di Kawasan Sri Petaling!



Ramai di antara kita pasti pernah mendengar dan wanita mungkin pernah menjadi mangsa apabila seluar dalam yang dibasuh di letak di jemuran hilang dicuri.
Hal begini biasanya terjadi di rumah-rumah wanita bujang, namun yang sudah berkahwin pun tidak terlepas kerana jenayah tidak mengenal sesiapa.
Pelaku hampir pasti 100 peratus lelaki yang mempunyai masalah psikologi seks.
Dalam video di bawah yang dimuat naik pihak Malaysian Crime Awareness Campaign memperlihatkan seorang lelaki dengan penuh selamba mencuri seluar dalam di kawasan Sri Petaling.
Salah sebab yang mudah untuk lelaki itu bertindak mungkin kerana pagar rumah tidak dikunci. Jadi untuk mengelakkan kejadian seperti ini, pertimbangkanlah untuk mengunci pagar rumah bila keluar.
Kepada penduduk sekitar Sri Petaling pula … apakah anda cam lelaki ini?