sinarharian
24 Oktober 2012
SHAH ALAM - Sekumpulan bekas peneroka Felda Sungai Buaya, Rawang, dan waris mereka hari ini menuntut kerajaan negeri Selangor memulangkan tanah seluas 419.57 hektar milik mereka yang didakwa dirampas pada 2010 dan membatalkan prosiding perampasan terhadap tiga lagi keping tanah seluas 451.62 hektar milik mereka di Mukim Serendah, Hulu Selangor.24 Oktober 2012
Kira-kira 40 orang yang mewakili 362 bekas peneroka dan waris terbabit berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini pada pukul 11.30 pagi dan memegang pelbagai kain rentang bagi menyatakan tuntutan mereka terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mereka turut menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri menerusi wakil mereka Noryzal Zainal Abidin.
Menurut memorandum itu, bekas peneroka terbabit mendakwa pada 1994 mereka telah menubuhkan satu syarikat dikenali sebagai Murna Jaya Development Berhad (Murna Jaya) bagi menjual dan memajukan tanah mereka secara usahasama dengan mana-mana pemaju yang berminat dan berkemampuan.
Seterusnya pada 1996, Murna Jaya telah mengikat perjanjian usahasama dengan syarikat pemaju dikenali sebagai Bandar Sungai Buaya Sdn Bhd (BSB) untuk memajukan keseluruhan tanah peneroka menjadi sebuah bandar baharu di kawasan itu.
sambngannya di sini
0 komentar:
Posting Komentar