Tampilkan postingan dengan label artis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label artis. Tampilkan semua postingan

Rabu, 18 Desember 2013

Artis Popular Nih Bakal Bertanding Tiket PAS

Harakahdaily
Penglibatan artis atau selebriti dalam dunia politik bukanlah satu fenomena yang baru. Namun sejak kebelakangan ini ianya menjadi perdebatan hangat apabila artis muncul di pentas politik pembangkang. Bagi sesetengah pihak ianya perkara yang pelik, tidak pula menjadi pelik apabila artis berada di pentas kerajaan. Situasi ini sedikit sebanyak dirasai seorang penyanyi bersuara merdu yang cukup popular dengan lagu Janji Manismu, Aisyah. Beliau kini mengakui ada kepuasan bila berada di dalam jemaah yang berpendirian sama, PAS.

Bagaimanapun semenjak beliau mula mendekati PAS, pelbagai persepsi timbul malah ada yang mengatakan beliau antara yang akan bakal bertanding atas tiket PAS dalam PRU nanti. Sejauhmana kebenaran itu? Ikuti temubual Wartawan Harakahdaily, SALMIYAH HARUN dengan Wan Aishah.

1. Bagaimana perasaan Saudari setelah duduk di dalam PAS berbanding sebelum ini? Seronok?


Menyertai PAS bukan untuk berseronok tapi untuk membantu dalam perjuangan meletakkan Islam sebagai priority dalam kehidupan rakyat. Ianya satu cabaran yang besar. Saya cuma boleh bantu apa yang termampu tapi ada satu kepuasan bila berada di dalam jemaah yang berpendirian yang sama.


2.Macam mana perhubungan saudari dengan rakan-rakan artis yang lain, adakah mereka memandang serong selepas saudari masuk PAS?


Setakat ini saya macam biasa sahaja dengan rakan-rakan artis, kalau mereka pandang serong itu tidak jadi masalah kepada saya. Kita semua ada pendirian dan pandangan masing-masing. Yang penting ada rasa hormat antara satu sama lain .


3.Saudari berucap di Perhimpunan Hijau ada 1 Jun lalu, bagaimana perasaan saudari ketika itu?


Saya sangat terharu bila berada di perhimpunan hijau tempoh hari, betapa ramainya penyokong yang membanjiri stadium. Rakyat yang datang dari setiap pelusuk negara, pengorbanan mereka untuk sampai ke perhimpunan itu tanpa dibayar malahan dengan duit mereka sendiri.


Walaupun ramai dari kalangan mereka bukannya datang dari golongan berada. Saya juga terharu diberi penghargaan untuk bercakap. Menunjukkan PAS adalah parti politik yang progresif dan tidak mengamalkan kronisme.


4.Sejak saudari berada di pentas PAS, ada tak tawaran dari pimpinan PAS untuk saudari bertanding dalam PRU nanti?


Setakat ini belum ada tawaran rasmi dari PAS Pusat untuk saya bertanding dalam PRU.


5.Jika saudari diberi peluang bertanding, kawasan manakah saudari mahu?


Saya belum terfikir sampai ke tahap itu.


6.Khabar angin mengatakan Saudari bakal bertanding di Jempol. Betul ke?


Saya pun tidak tahu dari mana datangnya cerita saya hendak bertanding di Jempol. Ianya tidak betul kerana saya tidak dapat apa-apa tawaran rasmi dari PAS.


7.Ditakdirkan saudari menjadi wakil rakyat selepas PRU nanti, apa agaknya perkara utama yang saudari mahu lakukan untuk rakyat?


Kalau ditakdirkan begitu saya akan berkhidmat untuk rakyat sebaik mungkin, dengar rintihan dan masalah mereka. Yang penting ialah to give the people what they realy need (memberi bantuan kepada yang memerlukan) 

Kamis, 21 November 2013

Jadi Artis Norman Hilangkan Nama Kamaru



JAKARTA - Mantan anggota kepolisian asal Gorontalo, Norman Kamaru telah resmi dipecat telah siap secara penuh menjadi seorang artis di dunia hiburan tanah air.

Norman pun berencana menghilangkan nama jabatannya, Briptu. Norman juga akan menghilangkan nama belakangnya, Kamaru saat menjadi artis sepenuhnya.

"Saya siap dengan nama Norman, tanpa Briptu, bahkan Kamaru-nya juga hilang,"ujar Norman, di studio Hanggar, Pancoran, Selasa malam (6/12/2011).

Alasan Norman menghilangkan nama Kamaru-nya karena keinginannya sendiri. Menurut Norman, lebih terasa enak kalau nama artisnya tanpa Kamaru.

"Nggak apa-apa biar enak menghilangkan keinginan saya sendiri,"jelas Norman.

Dalam sidang yang dipimpin Kabid Propam Polda Gorontalo itu, Norman dinyatakan melanggar Pasal 14 ayat 1 huruf (a) Peraturan Pemerintah Nomor 1 Tahun 2003 tentang Pemberhentian Tidak Dengan Hormat (PTDH) anggota kepolisian yang tidak masuk bertugas atau disersi selama minimal 30 hari kerja.

Sementara, Norman sudah 84 hari tak bertugas tanpa alasan. Rencananya surat perintah pemecatan Norman Kamaru akan dikirim hari ini, Rabu (7/12/2011).

sumber