Tampilkan postingan dengan label mb. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mb. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Maret 2014

Balak 3 500 ekar MB Kelantan sahkan terima permohonan

October 10, 2013
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub (gambar) mengesahkan ada menerima permohonan untuk pembalakan di tanah hutan simpan seluas 3,500 ekar di Ulu Sat, Machang, tetapi ia belum diluluskan.
Ahmad dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam berkata demikian ketika menjawab pendedahan bekas Exco Kelantan, Datuk Husam Musa yang  meminta supaya ia tidak diluluskan.
"Sememangnya ada permohonan, tetapi belum diluluskan," kata Ahmad Yakub dalam jawapannya itu.

 "Di meja MB ini ramai orang minta macam-macam. Ambo (saya) minit "sila urus","  katanya.
Tindakan meminitkan penyataan "sila urus"  ditafsir oleh pihak yang melihat dokumen ini sebagai permohonan itu diluluskan.
Ahmad menjelaskan perkara itu dalam DUN dengan berkata “sila urus” itu bermaksud “sila mendapat maklumat apakah (status) kawasan ini, sebab kawasan ini kawasan kerja."

"Alhamdulillah, kita sedang mendapat maklumat. Kerajaan negeri membuat satu kaedah, iaitu kes sebegini hendaklah diputuskan di (Mesyuarat) Jawatankuasa Kecil Perhutanan yang dipengerusikan oleh saya," katanya.
Bagaimanapun, katanya apabila dilihat kepada pandangan awal oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, ada catatan, "pada dasarnya ditolak kawasan ini".

"Insya Allah, pandangan ini akan diambil sebagai panduan untuk saya buat keputusan," katanya.
Ketika membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan di DUN kelmarin, Husam membuat kejutan dengan membangkitkan isu pembalakan di hitan simpan berkenaan dan kenaikan tarif air di negeri itu  yang berkuatkuasa Ogos lalu.

Husam berkata, ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.
"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," katanya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan. – 10 Oktober, 2013.The Malaysian Insider

Senin, 10 Februari 2014

Pakatan sokong Khalid jadi MB Sgor kata SUA PKR


Malaysiakini Mei 10 2013 
Pakatan Rakyat menyokong ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata berteraskan prinsip konsensus, parti itu telah mencalonkan dua individu di kalangan ADUN PKR di Selangor untuk jawatan tersebut untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan Pakatan, PAS dan DAP.

Menurutnya, PAS menerusi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng telah bersetuju memilih Abdul Khalid bagi membolehkan beliau meneruskan khidmat cemerlangnya menerajui pentadbiran kerajaan Selangor.

Terdahulu hari ini, Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali menyuarakan kekecewaan berhubung proses penamaan calon menteri besar, dengan berkata kepimpinan tertinggi parti itu telah bertindak secara unilateral dan mengenepikan kepimpinan negeri.