Tampilkan postingan dengan label panas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label panas. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Februari 2014

PRU13 Panas makin terasa !!!

 

Ramalan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini akan menjadi PRU paling sengit dalam sejarah negara, nampaknya sudah mula menunjukkan kebenarannya awal-awal lagi.

Baru kelmarin Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum membuat keputusan mengenai tarikhnya, kempen pun entah bila akan bermula.

Tetapi mereka yang dijadualkan bertempur dalam ‘peperangan’ yang digerakkan oleh gendang perang yang dipalu Datuk Seri Najib Tun Razak itu bukan sekadar bersiap sedia, malah sudah mula menggempur musuh masing-masing.

Di setengah tempat di beberapa negeri, kepanasannya sudah terlalu meluap hingga mencetuskan tindakan tidak wajar di kalangan mereka yang nakal.

Hanya tindakan pantas dan bijak pihak berkuasa mampu menyekat keadaan seperti dari melampaui batas.


Pemimpin-pemimpin parti tidak terlepas daripada cabaran, sindiran dan asakan untuk bertindak memenuhi kehendak pengundi, penyokong dan ahli parti di pelbagai peringkat.

Najib sendiri dicabar ‘suara-suara nakal’ meninggalkan kubu beliau di Parlimen Pekan, Pahang, yang beliau bertapak sejak mula menceburi politik awal 70-an.

Namun, Najib, sebagai pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang berpengalaman, tidak mudah melatah untuk menyambut cabaran seperti itu.

Beliau dicabar mengikut jejak Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan penyokong sebagai meninggalkan kerusi selamat untuk bertanding di tempat lain, bagi buktikan ketokohan seorang pemimpin.

“Dia (Anwar) rasa tidak selamat di Permatang Pauh dan meninggalkan rakyat yang telah menyokong selama dia terlibat di dalam politik.

“Saya tak pernah terfikir untuk meninggalkan (Parlimen) Pekan. Saya akan hidup dan mati di Pekan, secara politiknya,” katanya ketika menjawab soalan pemberita semalam.

Bahkan, bagi Najib, kalau Anwar boleh meninggalkan Permatang Pauh, beliau juga mampu meninggalkan sesiapa sahaja pada masa akan datang.

Anwar kelmarin menegaskan beliau bukan lari atau tidak menghargai penyokong-penyokong di Permatang Pauh, tetapi mahu mengukuhkan kedudukan PR di Perak, negeri yang dirampas BN dalam suasana yang penuh kontroversi, kira-kira 11 bulan selepas PR memerintah negeri itu.

Penghijrahan Anwar turut menerima tentangan hebat Naib-Pengerusi Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, mengisytiharkan ‘perang’ dengan Anwar.

“Kita akan pastikan Anwar kalah (di mana sahaja di Perak beliau bertanding),” tegas Menteri Pertahanan itu, ketika bercakap kepada pemberita, semalam.
Di Kelantan, keadaan agak panas apabila calon Pas tidak menyenangkan setengah penyokong.
Selepas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan mahu mengekalkan Saipul Bahrin Mohamed sebagai calon Pas Dun Selising 30 Mac lalu, segelintir penyokong Pas menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan pemilihan itu.

Kumpulan ini dikatakan mengadakan perbincangan dan antara lain memutuskan mahu menaja calon bebas sebagai tanda protes terhadap pengumuman Menteri Besar Kelantan itu.

Polis Kelantan juga sedang menyiasat kejadian sebuah papan tanda milik kerajaan negeri, yang memaparkan gambar Nik Abdul Aziz serta kenyataan kata-katanya, mengenai ‘Tujuh Dosa Umno’ di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Garong yang dilempar minyak tanah dan dibakar pagi semalam.

Bahang ini dijangka semakin meluap menjelang kempen PRU.

Pelbagai tuduhan dan dakwaan akan dibuat penyokong parti dalam usaha mencapai matlamat masing-masing.
Siapa menang, siapa kalah adalah adat sesuatu pertandingan. Yang penting ialah semua pihak, tidak kira di sebelah mana mereka berpihak, perlu memainkan peranan untuk menjamin proses PRU13 ini berjalan lancar, adil, dan aman

Minggu, 15 Desember 2013

Panas !!! Robert Phang Akan Saman Musa Hassan

14 December 2012

Bloglist Malaysia

Tan Sri Robert Phang mengesahkan beliau akan menyaman bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, berkenaan dengan dakwaan beliau berkenaan dengan dalahlaku semasa Phang menjadi ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Phang memberitahu The Malaysian Insider beliau bersetuju untuk memfailkan saman berikutan tuduhan Musa itu.
“Ya, saya pasti saman dia,” katanya dalam temubual eksklusif oleh The Malaysian Insider semalam. “Dia merosakkan reputasi saya.

Saya sudah bincang dengan peguam saya.
“Saya dah tunggu tiga hari tetapi masih tidak ada apa-apa, jadi saya terus akan failkan saman,” katanya.
Musa, yang kini sering disebut-sebut namanya kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior untuk mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.
“(Phang)mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam,” dakwa Musa.
“Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis.”
Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital Motorola, menurut Musa bernilai jutaan ringgit.
Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang komunikasi, yang jawatannya “lebih tinggi” dari Penolong Ketua Polis (ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.
Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang mendakwa bekas KPN tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.
“Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam,” katanya lagi.
Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli Yusuff, hakim itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.
“Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?” kata Phang lagi.
Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga sudah menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan penasihat beliau.
Dalam kenyataannya di Free Malaysia Today semalam, Haniff mengesahkan kenyataan Phang bahawa beliau tidak pernah melantik ahli perniagaan itu sebagai penasihat polis.
“Saya tidak pernah mempunyai penasihat. Tetapi ramai yang menasihati saya tentang jalan yang mana tidak sesak, kedai mana untuk beli-belah.
“Jika Musa mendakwa Phang berkata bahawa beliau adalah penasihat saya, itu antara mereka berdua,” kata Haniff dalam laporan di dalam portal berita tersebut.
Phang juga menafikan bahawa beliau menentang Mywatch, sebaliknya berkata masalah utamanya ialah Musa menggunakan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai platform semata-mata.
“Saya tidak ada masalah dengan Mywatch, cuma Musa menggunakan Mywatch sebagai platform untuk dirinya,” kata Phang.
“Dia mahu dilihat dan didengari semula oleh orang ramai, sebab itu beliau mengalami withdrawal syndrome, jika begitu, saya cadangkan beliau untuk berjumpa pakar sakit jiwa dan dapatkan perubatan, kalau tidak ia tidak elok untuk kesihatannya.
“Saya mendoakan beliau cepat sembuh,” kata Phang lagi.
Phang beberapa hari lalu enggan untuk memohon maaf kepada Musa kerana menggaitkan MyWatch dengan sindiket jenayah, dan berkata beliau bersedia untuk bertemunya di mahkamah.
Musa mendesak beliau memohon maaf dan memberikan tempoh selama tiga hari untuk Phang atau tindakan undang-undang diambil kerana pertuduhan Phang terhadap MyWatch. - TMI