Selasa, 31 Desember 2013

Unik Sawah Dihiasi 20 000 Lampu

11 April 2013


Jika sawah identik dengan warna hijau dan tanaman, tidak dengan sawah di Jepang ini. Sebuah sawah padi Shiroyone Senmaida di Jepang memiliki warna yang unik di malam hari. Area  persawahan ini berubah menjadi berwarna pink kerana diterangi oleh 20,000 lampu LED.
Areal persawahan yang pada malam hari memiliki image gelap dan menakutkan berubah menjadi tempat yang indah dan romantis. Dan kerana keunikannya area  persawahan ini tercatat di Guinnes Book of Record sebagai warisan penting dunia atau GIAHS (Globally Important Agricultural Heritage Systems pada tahun kelmarin.
Area  persawahan ini terletak di semenanjung Noto, yang kaya akan keberagaman dengan iklim yang relatif hangat, sawah gepeng di atas lereng curam dengan latar belakang Laut Jepun.
Ditata seperti mosaik, sawah ini berisi kolam irigasi lebih dari 2,000 yang memasuk air untuk pertanian.
>>> SUMBER <<<

Dugaan Cinta Beri Shila Amzah Semangat


KUALA LUMPUR – Penyanyi Shila Amzah mengakui ujian cinta yang menjadi dugaan hidupnya banyak memberi semangat dan kekuatan dalam menempuh arus sebagai anak seni.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, berkata, perkara tersebut juga banyak mengajarnya menghargai erti kebebasan hidup dan menikmati masa bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat.

“Alhamdulillah semua dugaan perit yang terjadi telah membuat saya lebih kuat dan memberi semangat untuk saya menempuhi hari-hari seterusnya.

“Apa yang lebih penting ialah menghargai masa bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat tanpa perlu mengambil kira tentang individu lain,” ujarnya ketika ditemui selepas persembahannya di Penthouse@ The Icon, di sini, Khamis.

Shila juga memberitahu banyak mencurahkan segala emosi dan perasaan yang dipendam ke dalam lagu-lagu ciptaannya menerusi album terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Ketika saya membuat lagu ini hati saya sedang sedih dan bagi saya lebih baik saya curahkannya segalanya menjadi lagu yang menggambarkan perasaan saya, itu lebih berfaedah,” katanya yang sebelum ini pernah bercinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad.

Dalam persembahannya, Shila mempersembahkan lagu terbaharu berjudul Sedar ciptaannya sendiri serta Maaf, Cinta Hati, Tulus dan Masih Aku Cinta.

Dia turut menyampaikan lagu-lagu medley nyanyian penyanyi Adele seperti Set Fire To The Rain dan Rolling In The Deep Rumous Has It.

Tambah Shila, persembahan itu sebagai persiapannya dalam perancangan konsert yang lebih besar pada tahun hadapan.

Turut hadir rakan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohammad Jiwa, Johan As’ari dan Nazim Othman. - mStar Online

Luahan Pengantin Baru Kesal Majlis Gembira Bertukar Sejarah Hitam

Luahan Pengantin Baru - Kesal Majlis Gembira Bertukar Sejarah Hitam | Tragedi keracunan makanan di majlis kenduri perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, yang meragut tiga nyawa kelmarin menjadi sejarah hitam buat pengantin baru, Hasliyana Yusuf.
Luahan Pengantin Baru - Kesal Majlis Gembira Bertukar Sejarah Hitam

Hasliyana Yusuf, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, trauma dan kesal dengan apa yang berlaku pastinya tidak dapat dilupakan.

“Kami sekeluarga begitu gembira dengan majlis yang diadakan memandangkan saya anak pertama yang melangsungkan perkahwinan.

“Namun, kejadian ini berubah menjadi nasib malang buat kami,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan, semalam.

Menurut bekas pelajar Politeknik Port Dickson itu, keluarganya sendiri turut mengalami keracunan sama.

“Mak, kakak dan adik saya turut mengalami keracunan dan ditahan di wad. Manakala keluarga sebelah suami saya tidak ada yang menerima kesan keracunan itu,” katanya.

Menurut kata bapa pengantin, Yusuf Ahmad, 55, masakan yang disediakan kepada tetamu jemputan sempena kenduri itu dimasak oleh kakaknya dengan bantuan saudara-mara lain.

“Juadah yang kami sediakan ialah ayam masak merah, gulai ikan talang, kerabu pucuk paku dan sambal ikan bilis.

“Manakala ayam yang dijadikan juadah ditempah daripada dua pembekal dan satunya membekalkan ayam yang sudah berbau,” katanya.



sumber

Di Danau Mematikan Ini Semua Hewan Menjadi Batu

Di Danau Mematikan Ini, Semua Hewan Menjadi Batu

Tidak semua danau memiliki air yang segar dan dapat menjadi tempat tinggal makluk hidup, seperti danau mematikan ini yang terdapat di Tanzania, Afrika Timur.

Di danau yang bernama Danau Natron ini, semua hewan yang terendam dalam air danau tersebut akan berubah menjadi batu.

Hal ini terjadi diakibatkan suhu danau yang bisa naik menjadi 60 derajat sewaktu-waktu, serta alkalinitas yang tinggi akibat akumulasi abu vulkanik dari lembah Great Rift.

Fotografer Nick Brandt datang ke lokasi, untuk mendokumentasikan korban danau tersebut seperti bangkai burung dan hewan kecil yang telah membatu karena pengapuran.

Di Danau Mematikan Ini, Semua Hewan Menjadi Batu
Di Danau Mematikan Ini, Semua Hewan Menjadi Batu
Di Danau Mematikan Ini, Semua Hewan Menjadi Batu
Di Danau Mematikan Ini, Semua Hewan Menjadi Batu
Di Danau Mematikan Ini, Semua Hewan Menjadi Batu

Mengerikan sekali bukan?

Senin, 30 Desember 2013

Diana Danielle Kena Hentam Teruk Di Twitter Kerana Pregnant

Di twitter @dianadanielle teruk dihentam peminatnya yang menyindir beliau yang umumkan pregnant selepas hanya 16 hari berkahwin.



Diana Danielle ketika hari perkahwinan bersama mak dan adiknya.
  




Ada banyak lagi komen macam ni di twitter Diana Danielle. Bagi KepohGiler tak payahlah nak tambahkan tekanan pada Diana danielle yang baru mengandung ni kan. Kita doakan yang baik--baik je buat mereka berdua. ok? sumber   -"kepohgiler"

Azharina Berkemban Di Kelab Malam





Jika sebelum ini cerita mengenai Azharina Azhar panas kerana didakwa menjadi isteri ketiga kepada Datuk Syukri Mohd, 55, yang berasal dari Kelantan, namun selepas bercerai... cerita mengenai penyanyi ini agak sunyi.

Apakah yang dilakukan oleh Azharina sekarang?
Mungkin agaknya gambar-gambar yang tidak diketahui tarikhnya ini mampu menjawab sedikit persoalan yang timbul.

Pelantun lagu Elegi Sepi itu dilihat sedang bersosial bersama teman-temannya disebuah kelab malam dengan pakain yang agak seksi...ermmm...







source

Kemenangan BN yang rapuh di Perak

  • Malaysiakini Mei 11 2013
 
ANALISA BN mampu mengekalkan pentadbirannya di Perak apabila memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Namun kedudukan parti itu dilihat rapuh apabila situasi itu sama seperti kemenangan tipis Pakatan Rakyat pada 2008 sehingga  berlaku peralihan kuasa apabila tiga ADUN gabungan itu keluar parti.

Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang, menjadi ADUN bebas yang mesra BN.

Kecuali Behrang, dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Pakatan berjaya merampas semula DUN Changkat Jering dan Jelapang.

Meskipun jauh kemungkinannya potensi untuk wakil rakyat BN melompat parti, namun kedudukan BN boleh tergugat jika berlaku pilihan raya kecil, khususnya di DUN yang dimenanginya dengan majoriti tipis.

Antara kerusi DUN BN yang dilihat goyah dengan majoriti tipis ialah Lubok Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama (619).

Seperti pada 2009, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan di seluruh negara berikutan kematian wakil rakyatnya.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya kali ini, terdapat perubahan pola pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN berbanding 2008,

lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.

Seperti di Manjoi dan Pasir Panjang, dalam masa lima tahun, pertambahan pengundi baru di dua kawasan itu naik mendadak. Di Manjoi, pertambahan pengundinya naik sehingga 36 peratus. Begitu juga Pasir Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah- purata luar biasa bagi sebuah kawasan kampung.

Berbeza pada 2008, di Manjoi, pertambahan pengundi hanya tujuh peratus begitu juga di Pasir Panjang- yang dulunya merupakan kerusi PAS- hanya lapan peratus.

Purata biasa pertambahan pengundi baru bagi sesebuah negeri  ialah sebanyak 19.6 peratus. Justeru, pemerhati berpendapat, dengan pertambahan pengundi baru yang begitu ketara

sehingga menimbulkan persoalan menjadi punca dua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti tipis.

Di Changkat Jong pula, antara punca kekalahan PAS di kerusi yang mempunyai 62 peratus pengundi Melayu itu ialah dengan pertambahan pengundi baru sebanyak 5,463.

Dengan jumlah majoriti undi yang meningkat berbanding 2008, hampir separuh daripada jumlah undi pengundi baru itu pergi kepada calon BN iaitu Mohd Azhar Jamaluddin

Selain pertambahan pengundi, BN juga mengalami peningkatan jumlah majoriti undi di kerusi yang mereka kekal menang iaitu di Kenering (dulu 2,798 kepada 8,216), Selama

(355-619), Kubu Gajah (66-1,085), Batu Kurau (2,439-3,834), Alor Pongsu (95-2,196), Trong (916-1,804), Chenderoh (1,039-1567), Belanja (1,887-2,963), Bota

(2,068-3,448), Kampong Gajah (1,416-6,100) dan Slim (3,526-3,853).

Dengan peningkatan jumlah majoriti itu, pemerhati berpendapat, di kawasan yang rata-ratanya bahagian utara Perak - majoriti Melayu ini, juga mempunyai pertambahan

pengundi  dan menjadi salah satu faktor kejayaan BN mengekalkan kerusi-kerusi tersebut walaupun dengan majoriti tipis.