Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan

Jumat, 20 Desember 2013

Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu alih kenderaan di Bukit Besar

Mohd Fitri Ngah mencium jenazah anaknya, Mohammad Faqih (gambar kecil) yang mati selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya, ketika menuntut mayat anaknya di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini.












Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya di Kampung Bukit Besar di sini awal hari ini.
Kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa tidak menyedari anak bongsunya merangkak keluar dari rumah ke belakang kereta.
“Akibat perlanggaran itu mangsa Muhammad Faqih Mohd Fitri yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu bapa mangsa Mohd Fitri Ngah, 40, berkata mengalih kenderaan bagi memudahkannya keluar bekerja memang menjadi rutin harian isterinya.
Namun ketika isteri sedang mengundurkan kereta, anaknya itu, bongsu dari enam beradik merangkak keluar ke garaj kereta di hadapan rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu setelah mendengar teriakan dari jirannya.
“Mendengar teriakan itu saya bergegas keluar rumah dan melihat isteri telah memangku anak kami dan bergegas menghantar ke Hospital.
“Biasanya anak saya tidak pernah merangkak keluar rumah namun hari ini dia merangkak sehingga ke garaj kereta,” katanya ketika ditemui di rumah mayat HSNZ di sini.

sumber

Selasa, 17 Desember 2013

Empat Budak Maut Bom Meletup

Bom Meletup

Kandahar – Serangan bom mengorbankan empat budak perempuan yang menghadiri majlis perkahwinan di Afghanistan, kata pegawai semalam, menyalahkan Taliban yang menyasarkan kakitangan kerajaan pada upacara itu.
Mangsa berusia antara tujuh dan 12 tahun meninggal dunia apabila peranti letupan diperbaiki (IED) dihidupkan ketika mengambil air daripada sungai pada majlis berkenaan di Helmand.
“Mereka berada pada majlis perkahwinan dan pagi ini mereka mahu mengambil air apabila peranti peledak diletupkan di kaki lima.
“Taliban mungkin menanam bom itu untuk menyasarkan kakitangan kerajaan yang hadir pada majlis berkenaan tetapi ia membunuh kanak-kanak yang tidak bersalah,” kata jurucakap pentadbiran tempatan, Omar Zwak.
Pegawai kanan polis, Mohammad Ismail Hotak, mengesahkan kejadian yang berlaku di luar ibu negeri wilayah itu, Laskhar Gah dan memberikan angka kematian sama.
“Empat budak perempuan terbunuh. Mayat seorang daripada mereka hancur,” katanya.
Taliban kerap menggunakan IED untuk menyasarkan pegawai kerajaan dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta tentera Afghanistan tetapi penduduk awam dan kanak-kanak kerap terbunuh dan cedera disebabkan serangan itu. – AFP