Tampilkan postingan dengan label ibu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ibu. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 21 Desember 2013

Remaja Terdetik Bunuh Ibu Sendiri

Bunuh Ibu Sendiri 

Bukit Beruntung – “Saya ada terdetik untuk membunuh ibu saya. Malah kerana marah apabila dikejutkan dari tidur, saya membaling kipas meja ke arah ibu, menyebabkan dia menerima tujuh jahitan di leher,” kata remaja perempuan yang menagih syabu dan mahu dikenali sebagai Rafidah, 18.

Dia yang mengambil dadah sejak berusia 13 tahun berkata, akibat ketagihan syabu dia lebih cepat marah, sensitif dan adakalanya banyak bercakap, termasuk perkara yang mengarut dan langsung tiada kaitan dengan kehidupannya sebagai pelajar.

Lebih malang lagi, akibat pergaulan bebas bersama rakan-rakan lain, dia terlanjur melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dan mengandung anak luar nikah ketika rakan seusia lain tekun belajar untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun, mungkin juga akibat kesan syabu yang sudah merosakkan saraf otaknya, Rafidah langsung tidak berasa sayang atau bercita-cita untuk memelihara anaknya.

“Saya langsung tidak rasa hendak pelihara anak saya yang kini dijaga keluarga angkat. Hidup saya sekarang biasa saja. Biarlah dia tinggal dengan keluarganya,” katanya selamba. – myMetro Online

Jumat, 20 Desember 2013

Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu alih kenderaan di Bukit Besar

Mohd Fitri Ngah mencium jenazah anaknya, Mohammad Faqih (gambar kecil) yang mati selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya, ketika menuntut mayat anaknya di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini.












Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya di Kampung Bukit Besar di sini awal hari ini.
Kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa tidak menyedari anak bongsunya merangkak keluar dari rumah ke belakang kereta.
“Akibat perlanggaran itu mangsa Muhammad Faqih Mohd Fitri yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu bapa mangsa Mohd Fitri Ngah, 40, berkata mengalih kenderaan bagi memudahkannya keluar bekerja memang menjadi rutin harian isterinya.
Namun ketika isteri sedang mengundurkan kereta, anaknya itu, bongsu dari enam beradik merangkak keluar ke garaj kereta di hadapan rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu setelah mendengar teriakan dari jirannya.
“Mendengar teriakan itu saya bergegas keluar rumah dan melihat isteri telah memangku anak kami dan bergegas menghantar ke Hospital.
“Biasanya anak saya tidak pernah merangkak keluar rumah namun hari ini dia merangkak sehingga ke garaj kereta,” katanya ketika ditemui di rumah mayat HSNZ di sini.

sumber

Rabu, 18 Desember 2013

Kisah Sedih Seorang Ibu

Kisah Sedih Seorang Ibu


Kisah Sedih Seorang Ibu - Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…kini c.z hanya mempunyai ibu sahaja…dan cz memang SAYANGKAN DIA…..
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu.