- Khalid Samad
SHAH ALAM – Selangor boleh dijadikan bukti yang menunjukkan PR mampu memerintah bersama, kata Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu mengakui Pas dan PR berdepan cabaran besar bagi membuktikan secara praktikal kepada rakyat.
“Cabaran untuk Pas dan PR sekarang ini ialah untuk membuktikan bahawa kita boleh memerintah bersama.
“Untuk menggalas cabaran ini, maka kerajaan negeri Selangor merupakan wadah yang terbaik untuk membuktikan secara praktikal,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau melihat kerjasama Pas dengan PR merupakan strategi berkesan yang mampu membentuk kerajaan di peringkat Pusat.
“Pas akan meneruskan kerjasama dengan PR kerana ia terbukti strategi berkesan yang boleh menggugat kedudukan Umno itu sendiri dan menambah baik hubungan di antara parti-parti ini (Pas, PKR, DAP).
“Kita tidak akan bergaduh dan boleh menyelesaikan perbezaan pendapat antara kita dengan cara yang berhemah supaya akhirnya kita boleh membentuk kerajaan di peringkat Pusat dan rakyat akan mendapat manfaat daripada itu,” katanya.
Ketika soal kesediaan PR berbincang dengan BN dibangkitkan, beliau menegaskan bahawa perkara tersebut tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
“Saya rasa soal nak duduk berbincang bersama supaya cadangan daripada PR boleh dikemukakan kepada kerajaan BN berhubung cara-cara mengatasi masalah-masalah yang dihadapi merupakan satu perkara yang perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Itu amalan biasa.
“Dulu pun Pas pernah duduk dalam Majlis Perundingan Ekonomi Negara. Pas akan bersama dengan PR dalam perbincangan itu supaya idea-idea kita boleh juga diguna pakai untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan masalah lain yang dihadapi oleh negara kita,” katanya.
Menyentuh soal pemilihan di muktamar tahunan akan datang, beliau akui menyerahkan kepada pencalonan yang ada kelak.
“Untuk muktamar, bertanding atau tidak bergantung pada pencalonan. Kalau ada pencalonan, saya bertandinglah,” katanya.

0 komentar:
Posting Komentar