Tampilkan postingan dengan label asing. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label asing. Tampilkan semua postingan

Kamis, 30 Januari 2014

Pelajar Asing Di Larang Melacur Di New Zealand

Pelajar antarabangsa yang menuntut di New Zealand, di sebuah negara yang membenarkan aktiviti pelacuran telah dilarang untuk bekerja dalam dagangan seks.



Sebuah laman web imigresen kerajaan, www.nzstudywork.com pada Isnin berkata, pelajar luar negara mempunyai hak bekerja yang sama seperti rakyat New Zealand, tetapi terdapat senarai pekerjaan yang mereka tidak boleh melakukannya.

Pelajar asing “tidak boleh menyediakan perkhidmatan seksual komersial. Dalam erti kata lain, mereka tidak boleh bekerja sebagai pelacur, atau bertindak sebagai operator dalam perniagaan pelacuran di New Zealand atau membuat pelaburan dalam perniagaan pelacuran”, kata laman web itu.

Pengurus besar Imigresen New Zealand, Stephen Dunstand berkata, perundangan New Zealand tidak menghalang para pelajarnya untuk bekerja sebagai ahli terapi untuk urutan.

Pelacuran bukan lagi satu jenayah pada tahun 2003.

Terdapat kira-kira 70,000 pelajar asing di New Zealand, di mana kebanyakannya melakukan kerja separuh masa untuk menampung perbelanjaan mereka.

-AFP

Kamis, 26 Desember 2013

14 Mayat Warga Tempatan Tiga Asing Dikenal Pasti


KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 warga tempatan dan tiga warga asing telah dikenal pasti daripada 30 mayat mangsa nahas bas di Genting Highlands yang dibedah siasat setakat ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran hari ini.

Beliau berkata daripada 14 mayat warga tempatan itu, dua adalah Melayu, 11 Cina dan satu Sikh manakala warga asing masing-masing ialah Bangladesh, Nepal dan Korea Selatan.

“Daripada 30 mayat yang dibedah siasat setakat 11 pagi ini, sebanyak 22 adalah lelaki dan lapan perempuan,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Kuala Lumpur di sini.

Dr Jeyaindran berkata setakat ini, enam mayat telah dituntut oleh keluarga masing-masing manakala proses untuk mengenal pasti identiti mayat lain masih dilakukan.

Unit Forensik HKL dijangka selesai menjalankan proses bedah siasat ke atas tujuh lagi mayat pada tengah hari ini. – BERNAMA