Tampilkan postingan dengan label mayat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mayat. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Februari 2014

Terlalu Sayang Orangtua Simpan Mayat Anaknya Selama 6 Tahun

Ilustrasi 
Beijing-  Pasangan suami-isteri di China menyimpan mayat anak mereka selama 6 tahun di dalam rumah mereka. Hal ini kerana mereka terlalu menyayangi dan merindukan   anak mereka sehingga tidak menguburkannya dengan sepatutnta.

Insiden ini dilaporkan terjadi di kawasan Chongqing, China seperti dilansir The Star, Jumaat (28/9/2012). Anak pasangan yang tidak disebutkan namanya ini, meninggal dunia 6 tahun lalu kerana sakit.

Namun pasangan ini memutuskan untuk tidak menguburkan anak mereka. Jasad anak laki-laki ini disimpan di dalam peti pendingin raksasa yang ada di rumah mereka. Tapi sayang tidak disebutkan umur berapa anak tersebut meninggal dunia.

Menurut media setempat Kwong Wah Yit Poh, setiap kali pasangan tersebut merindukan sang buah hati, mereka akan membuka peti sejuk dan memandangi sang anak.

"Putera saya tampak seolah masih hidup di dalam lpeti sejuk. Dia terus berada di samping kami dan tidak pernah meninggalkan saya," tutur sang ayah yang tidak disebutkan namanya ini.

Terhadap hal ini, pihak keluarga dan kerabat pasangan ini telah menasihati mereka untuk mengkremasi jasad sang anak. Namun nasihat tersebut sama sekali tidak didengar.

Pasangan ini mengaku tidak sanggup jika harus kehilangan anak mereka. Sebabnya, pasangan ini juga kehilangan seorang anak mereka lainnya sekitar 15 tahun lalu. Anak perempuan mereka itu meninggal dunia kerana dehidrasi.
sumber

Kamis, 26 Desember 2013

14 Mayat Warga Tempatan Tiga Asing Dikenal Pasti


KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 warga tempatan dan tiga warga asing telah dikenal pasti daripada 30 mayat mangsa nahas bas di Genting Highlands yang dibedah siasat setakat ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran hari ini.

Beliau berkata daripada 14 mayat warga tempatan itu, dua adalah Melayu, 11 Cina dan satu Sikh manakala warga asing masing-masing ialah Bangladesh, Nepal dan Korea Selatan.

“Daripada 30 mayat yang dibedah siasat setakat 11 pagi ini, sebanyak 22 adalah lelaki dan lapan perempuan,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Kuala Lumpur di sini.

Dr Jeyaindran berkata setakat ini, enam mayat telah dituntut oleh keluarga masing-masing manakala proses untuk mengenal pasti identiti mayat lain masih dilakukan.

Unit Forensik HKL dijangka selesai menjalankan proses bedah siasat ke atas tujuh lagi mayat pada tengah hari ini. – BERNAMA