Tampilkan postingan dengan label tiga. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tiga. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Gambar Menyayat Hati Kemalangan Mengorbankan Tiga Mangsa Di Kuala Kubu


MENYAYAT HATI…Dua wanita dan bayi berusia setahun terbunuh akibat nahas jalan raya yang melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dikatakan hilang kawalan sehingga terbabas dan terjunam ke dalam sungai, pagi tadi.

Kejadian menyayat hati di Kuala Kubu Bharu itu telah mengakibatkan kedua-dua wanita berkenaan mati serta-merta di tempat kejadian.

Menurut info yang diperoleh menerusi laman Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu itu, bayi lelaki tersebut  telah dihanyutkan sejauh lebih kurang dua kilometer sebelum dijumpai oleh anggota bomba yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Operasi menyelamat itu turut disertai jabatan bomba Tanjung Malim dan anggota polis dari Balai Hulu Bernam.

Ingat, malang tidak berbau…




Kamis, 26 Desember 2013

14 Mayat Warga Tempatan Tiga Asing Dikenal Pasti


KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 warga tempatan dan tiga warga asing telah dikenal pasti daripada 30 mayat mangsa nahas bas di Genting Highlands yang dibedah siasat setakat ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran hari ini.

Beliau berkata daripada 14 mayat warga tempatan itu, dua adalah Melayu, 11 Cina dan satu Sikh manakala warga asing masing-masing ialah Bangladesh, Nepal dan Korea Selatan.

“Daripada 30 mayat yang dibedah siasat setakat 11 pagi ini, sebanyak 22 adalah lelaki dan lapan perempuan,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Kuala Lumpur di sini.

Dr Jeyaindran berkata setakat ini, enam mayat telah dituntut oleh keluarga masing-masing manakala proses untuk mengenal pasti identiti mayat lain masih dilakukan.

Unit Forensik HKL dijangka selesai menjalankan proses bedah siasat ke atas tujuh lagi mayat pada tengah hari ini. – BERNAMA