Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Maret 2014

Sabtu, 28 Desember 2013

Kereta Terbabas Banduan Hilang

Kereta Terbabas, Banduan Hilang


KUANTAN : Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori.
Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini itu menyebabkan tiga anggota polis cedera parah manakala banduan itu pula berjaya melarikan diri.
Anggota polis yang cedera ialah pemandu kereta polis, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Koperal Zulhairi Ramli, 24, dan Koperal Abd. Rashid Ahmad, 51.
Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusuff berkata, ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953. Mereka bertolak dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor di sini.
“Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.
“Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan,” kata beliau kepada pemberita di sini.
Menurut beliau, seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruh banduan itu menyerah diri namun dia tidak mengendahkan arahan itu dan terus menghilangkan diri.
Beliau berkata, pemandu lori berkenaan, Mohd. Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan kereta polis yang membawa banduan itu.
“Polis kini membuat sekatan jalan di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit,” kata beliau.
Polis pada pukul 10.25 malam tadi berjaya memberkas semula banduan itu ketika penjenayah terbabit pergi ke rumah penduduk di Taman Dato Rashid untuk meminta air dengan tangan masih bergari.
Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu berkuat kuasa pada 28 Jun lepas. – Kosmo

Senin, 23 Desember 2013

Misteri Rakaman CCTV Kereta Berjalan Sendiri

1 Okt 2013
 
 foto: Getty Images
Chicago, - Para penyiasat Chicago, Amerika Syarikat dihadapkan pada tugas yang sukar untuk memastikan bagaimana sebuah kereta tanpa pemandu boleh jalan cedera.

Juru Cakap Otoriti Transit Chicago, Lambrini Lukidis mengatakan seperti dilansir Fox News, Selasa (1/10/2013), rakaman CCTV di lokasi menunjukkan tak ada orang yang memandu kereta kosong tersebut,ketika melanggar kereta penumpang lainnya pada Isnin, 30 September pagi waktu setempat.

Dikatakan Lukidis, video tersebut telah diserahkan ke Dewan Keselamatan Transportasi Nasional, yang bertugas menyiasat insiden misteri   itu.

Kereta kosong tersebut melanggar kereta penumpang yang sedang berhenti di stesyen Harlem, Blue Line di Forest Park. Forest Park berjarak sekitar 10 batu sebelah barat pusat kota Chicago.

"Kami sedang berhenti di Harlem dan tiba-tiba kami mendengar suara dentuman kuat dan semua orang mulai terlempar dari kerusi-kerusi mereka," kata seorang penumpang bernama Lyneisha Fields.

Penyebab kecelakaan ini masih misteri . Otoriti setempat merasa aneh dengan insiden ini, terutama bagaimana boleh sebuah kereta yang seharusnya diam di tempat, boleh bergerak tanpa ada yang mengawalkannya.

"Pertanyaan sulitnya adalah bagaimana ini terjadi," kata Robet Kelly, ketua syarikat pekerja Otoriti Transit Chicago (CTA). "Ini membingungkan semua orang," imbuhnya.

Datukbandar Forest Park Anthony Calderone menuturkan,mangsa yang cedera  mencapai 48 orang. Beberapa orang telah dikejarkan ke rumah sakit terdekat untuk mendapat  rawatan medis. Namun beberapa lainnya menolak dibawa ke rumah sakit dan hanya menjalani  rawatan di lokasi kejadian.

detikNews

Selamat jalan kereta nasional Proton


Oleh Jahabar Sadiq, Pengarang
June 18, 2013

Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.

Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.

The Malaysian Insider
difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.

“Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter. Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang.

Penggantian lain bagi Perdana termasuk Mercedes-Benz E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu pada tahun 2008, menggantikan Perdana V6 Eksekutif tahun 2004 mereka.

Kedua-dua Selangor dan Perak juga telah menggantikan Perdana mereka dengan Toyota Camry sementara kerajaan negeri Sabah menggunakan Volvo S80s.

Proton telah melancarkan model berkos rendah Saga SV hujung minggu lalu akan tetapi tidak menyatakan sama ada akan mengeluarkan model berkuasa tinggi yang boleh menggantikan Perdana.

Terdapat spekulasi tentang model baru Perdana berasaskan Passat apabila perjanjian diantara Proton dan Volkswagen dibincangkan sekitar 2004-2007. Akan tetapi rancangan itu dibatalkan apabila Volkswagen mengumumkan rundingan kerjasama menemui kegagalan.

Terdapat juga perbincangan diantara Proton dan Mitsubishi pada 2005 untuk model baru Perdana berasaskan Mitsubishi 380 sedan yang menghentikan pengeluaran pada 2008.

Spekulasi lain tentang penggantian Perdana adalah menggunakan platform Proton Exora iaitu Nissan Fuga atau berkongsi casis dengan Honda Accord akan tetapi tiada perkembangan.

Perdana merupakan model terbaik Proton yang menggeluarkan model pertama Saga pada tahun 1985 dalam program industri berat dimulakan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana SEi diperkenalkan buat pertama kali sedekad selepas model pertamanya dan dibuat dari 1995 hingga 1998. Ia berdasarkan kepada platform Mitsubishi Galant dan menggunakan enjin 2.0L 4G63 SOHC pembuat kereta Jepun itu.

Generasi pertama Perdana merupakan model pertama Proton menawarkan sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan pemanduan. Pada tahun 1997, Perdana diberikan wajah baru dengan jeriji krom, reka bentuk rim baru, warna badan yang baru dan hiasan dalaman dipertingkatkan.

Pada tahun 1999 Proton menggeluarkan Perdana yang menggunakan enjin Mitsubishi 2.0L 6A12 V6 dengan bodykit dan rim 16 inci. Pada tahun 2003, Perdana V6 telah melakukan prubahan yang besar dan diberi wajah serta bumper baru. Di dalam, perubahan besar turut dilakukan. Model ini kekal dijual sehingga awal 2010.

Terdapat juga Proton Perdana V6 versi mewah dengan kepanjangan melebihi 25 cm (10 inci) di pintu sisi - di gelar Proton Perdana V6 Executive yang diubah oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), salah satu unit EON - khusus dalam membangunkan limosin untuk negarawan.

Seperti Perdana asal, Perdana V6 juga tidak dieksport ke Eropah. – 18 Jun, 2013.TMI

Selasa, 17 Desember 2013

Bomba Keluarkan Ular Sawa Dari Celah Kereta


Video yang kami paparkan ini baru sahaja dimuat naik ke oleh beberapa pengguna di laman YouTube beberapa jam yang lalu.

Tidak tahu siapa pemilik asal video ini, namun ia menunjukkan percubaan beberapa anggota bomba untuk mengeluarkan seekor ular sawa yang tersekat di bahagian tepi sebuah kereta.

Entah bagaimana ular sebesar itu boleh masuk ke celah kereta tersebut hingga terpaksa dibuka oleh anggota bomba bagi mengeluarkannya.

Ular ini juga kelihatan agak agresif selepas berjaya ditarik keluar, namun mujur ia tidak mencederakan sesiapa.

Nasib baiklah bukan sewaktu memandu, kalau tidak memang nahaslah jawabnya.

Oleh: ELZA