Sabtu, 28 Desember 2013

Jumat, 27 Desember 2013

Panel khas kaji keaslian lagu tema Merdeka

Wartawan Sinar Harian
var dateEG = "August 3, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 3 Ogos 2012
PR gesa Pusat  tukar tema Hari Kebangsaan
Tema Kemerdekaan Malaysia 2012
SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebuah panel khas ditubuh bagi menentukan keaslian lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan.
Sehubungan itu, beliau meminta pembangkang supaya jangan membuat tuduhan secara sembarangan.

"Panel khas ditubuh bagi menentukan betulkah lagu Janji Ditepati (sempena sambutan) merdeka tu lagu tiruan. Pembangkang jangan pandai tuduh saja," kata beliau dalam satu mesej menerusi twitter pagi ini.

Dalam mesej twitter terdahulu, dihantar sekitar jam 7 pagi tadi, Rais menulis, "penggubah lagu Janji Ditepati menafikan mereka menciplak. Harap tiada isu lagi."
Di sebalik kontroversi berkenaan dengan lagu tema dan juga tema Hari Kemerdekaan, Rais berkata, semangat patriotik menyambut kemerdekaan seharusnya mengatasi kepentingan fahaman politik sempit.

Laporan Bernama semalam memetik penggubah lagu itu, Jasnie Mohd Yaakub berkata, lagu Janji Ditepati masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini.
Beliau berkata, lagu itu merupakan karya asli beliau bersama dua komposer lain iaitu Arman E Six dan Aye.
Justeru, beliau menafikan persamaan lagu itu dengan sebuah lagu kerohanian dari Indonesia.

"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.
"Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," katanya.
Jasnie, yang juga penerbit dan pengarah muzik di Erama Records, menjelaskan beliau hanya mengetahui kewujudan lagu yang didakwa sesetengah pihak sebagai hampir sama dengan lagu Janji Ditepati kelmarin dan mendengar melodinya semalam.
Beliau menafikan terdapat sedikit persamaan kord dan rentak tetapi bukan dari sudut melodi lagu.

Kontroversi persamaan lagu tema Hari Kemerdekaan dengan lagu negara jiran itu dibangkitkan penulis blog beberapa hari lepas selain ia dimuat naik dalam Youtube.
Jasnie menegaskan bukan mereka yang memuat naik lagu Janji Ditepati di Youtube kerana ia belum muktamad lagi.

Centaurs Manusia Setengah Kuda dalam Mitologi Yunani Kuno

Dalam mitologi Yunani, Centaurs (Kéntauroi) adalah ras manusia setengah kuda, ia biasanya digambarkan berwujud manusia dari kepala sampai pinggang, namun bagian pinggang kebawah berwujud kuda. Foto di bawah, bukan merupakan hasil penemuan Arkeologis, kerangka Centaur pada foto ini, adalah merupakah hasil buatan dari Skulls Unlimited International dari kerangka manusia asli yang digabungkan dengan kerangka Zebra.

Centaurs sendiri hanyalah merupakan mahkluk imajinatif yang pertama kali muncul dalam mitologi Yunani.



Replika kerangka Centaurs, Milik Skulls Unlimited International Inc, di Oklahoma City, Oklahoma.

Mereka merupakan keturunan dari Centaurus, centaur yang pertama. Ayah Centaurus adalah Ixion seorang manusia, penguasa dari Thessaly, yang mencintai [selingkuhan] Dewi Hera, istri Zeus. Zeus yang cemburu, kemudian menciptakan kembaran Hera dari gumpalan awan dan menamainya Nephele. Suatu ketika mereka bertemu, Ixion yang menganggap wanita yang bersamanya itu [Nephele] adalah Dewi Hera kemudian berhubungan badan dengannya. Nephele kemudian mengandung, dan melahirkan mahkluk setengah manusia setengah kuda yang kemudian dia namai Centaurus.


Yang paling terkenal dari para Centaur ini adalah Chiron teman dari Heracles atau Hercules [sosok Chiron ini, muncul dalam Film Percy Jackson and the Olymipans]. Ia adalah salah satu centaur yang lembut dan bijaksana, yang ketika tewas oleh Zeus ditempatkan di langit sebagai Konstalasi Bintang Centaurus. Kemudian diadaptasi menjadi zodiak Sagittarius.


sumber 

Pria Paling Beruntung

Pria ini sangat beruntung...
Dia memenangkan undian US$181 juta...
Dan dua hari kemudian dia menemukan cintanya...

[untung.jpg]

Sumber: http://fikiran-ku.blogspot.com/2009/10/benar-benar-pria-yang-beruntung.html

Misteri Haiwan Hidup Di dalam Batu!

Pada 1821, ketika memecahkan sebuah batu besar, seorang tukang telah menemui seekor cicak terlekat di dalam batu tersebut. Cicak yang disangka telah mati itu didapati hidup semula setelah 5 minit terdedah dengan udara. Sejak itu, penemuan lain seperti katak turut direkodkan dan ada juga haiwan yang masih hidup setelah dikeluarkan.



Ini menimbulkan persoalan, bagaimana haiwan-haiwan itu masuk ke dalam batu dan kekal hidup? Dan berapa lama haiwan itu telah berada di dalam batu tersebut?

Kamis, 26 Desember 2013

14 Mayat Warga Tempatan Tiga Asing Dikenal Pasti


KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 warga tempatan dan tiga warga asing telah dikenal pasti daripada 30 mayat mangsa nahas bas di Genting Highlands yang dibedah siasat setakat ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran hari ini.

Beliau berkata daripada 14 mayat warga tempatan itu, dua adalah Melayu, 11 Cina dan satu Sikh manakala warga asing masing-masing ialah Bangladesh, Nepal dan Korea Selatan.

“Daripada 30 mayat yang dibedah siasat setakat 11 pagi ini, sebanyak 22 adalah lelaki dan lapan perempuan,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Kuala Lumpur di sini.

Dr Jeyaindran berkata setakat ini, enam mayat telah dituntut oleh keluarga masing-masing manakala proses untuk mengenal pasti identiti mayat lain masih dilakukan.

Unit Forensik HKL dijangka selesai menjalankan proses bedah siasat ke atas tujuh lagi mayat pada tengah hari ini. – BERNAMA

Kejadian Rompak Rogol Jejas Imej Pemandu Teksi


MCPF
KUALA LUMPUR – Kejadian rompak dan rogol ke atas seorang pelancong Amerika Syarikat baru-baru ini satu tamparan hebat terhadap golongan pemandu teksi dan industri pelancongan negara ini, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata, jenayah itu telah menjejaskan nama baik industri pengangkutan awam negara khususnya teksi meskipun kejadian itu sebenanrya tidak melambangkan sikap pemandu teksi Malaysia secara keseluruhannya.
“Kejadian ini diibaratkan akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Meskipun kejadian ini tidak melambangkan sikap pemandu teksi di negara ini tetapi telah menimbulkan persepsi negatif,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelancong wanita warga Amerika Syarikat disamun, dikurung dan dirogol bergilir-gilir selepas menaiki sebuah teksi di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin lalu.
Kejadian didakwa berlaku selepas wanita berusia 25 tahun itu selesai membeli barang di sebuah pusat beli-belah dan mengambil teksi untuk pulang ke hotel.
Mangsa dilaporkan berjaya melepaskan diri petang semalam sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelek.
Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, kejadian jenayah itu telah mendatangkan pandangan tidak baik terhadap tahap keselamatan penumpang yang mengunakan perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya dalam kalangan pelancong asing.
Justeru beliau mengingatkan semua pemandu teksi bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk menjaga nama baik perkhidmatan teksi dalam mengambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tenteram dan selamat untuk dilawati.
Beliau bagaimanapun berkata, MCPF memuji kecekapan pasukan polis menahan seorang suspek kes itu dalam masa yang singkat dan kejayaan itu diharap dapat mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan awam di negara ini terutama dalam kalangan pelancong asing.
Beliau seterusnya meminta supaya satu pendekatan pemantauan dibuat dengan segera oleh pihak terlibat membabitkan pengangkutan awam teksi yang mungkin di curi untuk tujuan jenayah.
“Tahap keselamatan di dalam teksi perlu juga di pertingkatkan bagi memberi perlindungan kepada penumpang,” katanya lagi. – mynewshub.my